Urutan Angin Pasang / Uluran / Hernia

Monday, 11 April 2011

Rawatan Angin Pasang / Uluran / Hernia

Penyakit angin pasang atau hernia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan benjolan di pangkal ari sehinggalah ke dalam kerandut buah zakar. Ia terjadi disebabkan kelemahan otot di dalam perut sekaligus memaksa usus untuk turun ke bawah. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya angin pasang atau uluran, di antaranya; obesiti, sering melakukan kerja-kerja berat, batuk atau meneran. Di sini saya ingin berkongsi kaedah rawatan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit angin pasang/uluran. Pertamanya anda perlu mengurut benjolan/usus supaya masuk semula ke dalam perut. Kemudian, angkat sebelah lutut ke paras dada dan urut labu betis anda, ke arah atas. Ianya boleh dilakukan dalam keadaan berdiri ataupun duduk. Tambahan itu, urutan akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan air sabun berbanding dengan minyak kerana air sabun lebih licin (boleh dilakukan ketika mandi). Urut kedua-dua labu betis anda di antara 20-30 minit bagi setiap kaki. Lakukan urutan ini setiap hari, dan berserahlah kepada ALLAH untuk menyembuhkannya. Tiada bayaran dikenakan bagi ilmu yang saya turunkan ini, walau bagaimanapun, sumbangan IKHLAS anda amat dihargai. Sumbangan IKHLAS anda boleh dibuat ke akaun: Maybank 1142 5402 9227 (AIDA) Terima kasih.

1 comment:

  1. salam....sy ada penyakit sedemikian..mcm mane saya nak dapatkan rawatan dari anda?

    ReplyDelete